Puasa
adalah : Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari
terbit fajar sehingga terbenam matahari, disertai niat.
v Sejarah Pensyariatan Puasa
Puasa
Ramadhan telah diwajibkan pada bulan Syaaban, tahun kedua hijrah.
Umat-umat yang terdulu telahpun berpuasa, begitu juga para Ahli Kitab.
Ini dapat difahami dari Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai
orang beriman, telah diwajibkan kepada kamu semua untuk berpuasa.
Sepertimana yang telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu. Agar
kamu bertaqwa.
[Al-Baqarah: 183]
Umat
sebelum ini telahpun mengenali puasa. Namun, mereka berpuasa kerana
mengikut pensyariatan umat-umat sebelum mereka. Manakala umat Nabi
Muhammad ﷺ pula, dikususkan pensyariatan itu kepada mereka. Inilah keistimewaan puasa bagi umat Nabi Muhammad ﷺ.
v Hujah Pensyariatan Puasa Bulan Ramadhan
Sumber asas dalam pensyariatan ini sepertimana yang telah dinyatakan Allah dalam surah al-Baqarah:
شَهْرُ
رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ
وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ
الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya: Bulan
Ramadhan adalah bulan yang diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk kepada
manusia dan penjelasan bagi membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat anak bulan, maka berpuasalah!
[Al-Baqarah: 185]
Begitu juga dengan hadis Nabi ﷺ:
بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله ، و أن محمدا رسول الله ، و إقام الصلاة ، و إيتاء الزكاة ، و الحج ، و الصوم الرمضان
Islam
terbina diatas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada sembahan yang layak
disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad pesuruh Allah, dan
Mendirikan solat, dan Mengeluarkan zakat, Menunaikan haji, dan berpuasa
di bulan Ramadhan.
[Rekod Sahih al-Bukhari: 8, Sahih Muslim: 16]
Seorang Arab kampung pernah bertanya Rasulullah ﷺ :
أخبرني ماذا فرض علي الله من الصوم؟ فقال: شهر رمضان
Beritakanlah kepadaku, apakah puasa yang diwajibkan Allah terhadapku? Baginda menjawab: Puasa Ramadhan.
[Rekod Sahih al-Bukhari: 1892, Sahih Muslim: 11]
v Hukum Meninggalkan Puasa Ramadhan Tanpa Sebarang Keuzuran
Apabila
puasa Ramadhan adalah rukun dari rukun-rukun Islam. Ianya juga
merupakan kewajipan yang sepatutnya diketahui oleh semua orang yang
beragama Islam ( المعلومة من الدين بالضرورة ).
Oleh
itu, siapa yang menggingkari kewajipannya diiktiraf sebagai Kafir.
Komunikasi dengannya adalah komunikasi seorang yang keluar dari agama
(Murtad). Dia diminta bertaubat. Sekiranya dia bertaubat, maka diterima
taubatnya, sekiranya tidak maka dia dibunuh sebagai menjalankan hukum
hudud.
Adapula,
orang yang meninggalkan puasa tanpa mengingkari kewajipannya, seperti
dia berkata:Aku ini diwajibkan berpuasa. Tetapi aku tidak berpuasa.
Maka
orang ini digolongkan sebagai orang fasik. Tidak kafir. Pemerintah
wajib menahannya dari makan dan minum disiang hari supaya dia berpuasa.
Atau seperti keadaan orang berpuasa.
v Hikmah, Rahasia dan Kelebihan
Seorang muslim perlu mengetahui bahawa: puasa Ramadhan adalah sejenis ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah.
Ibadah
adalah: seorang Muslim mengerjakannya sebagai menjawab seruan Allah.
Mendirikannya dengan sebenar-benar penghambaan padaNya.
Apabila
muslim melakukan perkara demikian, maka dia akan menerima berbagai
hikmah dan rahasia-rahasia ilahiah yang tersembunyi melalui ibadah
tersebut. Sama ada puasa atau selainnya.
Tidak
syak lagi, segala peraturan Allah ta`ala mengandungi hikmah, rahasia dan
faedah yang banyak sekali. Tetapi tidaklah disyaratkan segalanya mesti
diketahui. Antaranya adalah:
1- Puasa
dengan keadaan yang benar dapat membangunkan jiwa nurani muslim dalam
mendekatkan diri kepada Allah. Dia meninggalkan makan dan minumnya
adalah untuk Allah. Sedangkan dia merasai keperitan meninggalkan
perbuatan kebiasaanya itu. Tetapi dia terus bersabar dan memperingati
dirinya bahawa sedang menjalankan perintah Allah. Dia tunduk dan patuh
dengan kehendak Allah berbanding kehendak dirinya sendiri.
2- Bulan
ramadhan adalah bulan yang suci dibanding bulan-bulan lain. Allah
menghendaki hambanya memperbanyakkan perbuatan ketaatan dan ibadah
padaNya. Dengan demikian, seorang Mukmin menjaga segala tindak tanduknya
bagi menjadikan segala perbuatannya adalah ibadah. Bahkan, bulan ini
adalah bulan yang paling mudah melakukan ibadah berbanding bulan-bulan
lain. Ianya adalah sesi pendidikan yang berkesan.
3- Rasa
dahaga yang berterusan dalam kehidupan manusia menyebabkan dirinya
menjadi bengis, dan membangunkan sifat-sifat yang tidak sepatunya.
Tetapi, ianya ternafi disebabkan orang itu adalah muslim. Pensyariatan
puasa mempermanusiakan jiwa muslim. Dan melemahkan perasaan yang tidak
sepatutnya.
4- Prinsip
terpenting yang dibangkitkan oleh masyarakat Islam adalah hubungan
silaturahim dan kelembutan sesama mereka. Bulan Ramadhan adalah
sebaik-baik bulan yang menyebabkan orang kaya merasai perasaan yang sama
dengan orang miskin. Ini menjadikan mereka hidup bersama dalam
keperitan dan kasih sayang. Justeru, puasa adalah sebaik-baik pengajaran
dalam diri orang kaya. Mempertahankan kasih sayang dan kesamarataan
sesama mereka.