er

Jumat, 12 Oktober 2012

Nuh A.S.: Pejuang Dakwah Terawal

Nabi Nuh a.s. merupakan utusan Allah yang terawal diutuskan kepada umat manusia setelah Nabi Adam a.s. Allah Taala telah mengutuskan baginda kepada kaumnya bagi menyuruh mereka beribadah hanya kepada Allah Taala, dan meninggalkan ibadah sembahan kepada patung-patung berhala. Bgginda juga memberi kebimbangan kepada kaumnya dari azab Allah Taala yang akan menimpa mereka sekiranya mereka membelakangi nasihat baginda dan tidak beriman dengan baginda. Namun malangnya kaumnya berterusan dalam kekafiran.
 
Dakwah Nabi Nuh a.s. menjangkau usia 950 Tahun. Baginda berdakwah siang dan malam, secara senyap dan terang-terangan. Mereka saling berdebat antara satu sama lain. Namun, hanya sedikit sahaja kaumnya yang mengikuti baginda, sehingga kecewa (tanpa putus asa) menimpa jantung hati baginda membuatkan baginda bermunajat dan berdoa:
Dan Nabi Nuh (Merayu lagi dengan) berkata: ‘Wahai Tuhanku! Jangnlah engkau biarkan seorangpun dari orang kafir itu hidup di atas muka bumi! Kerana sesungguhnya jika Engkau membiarkan mereka hidup, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu. Dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan anak itu adalah anak yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.’
[Nuh: 26-27]
Doa tersebut dimakbulkan Allah Taala. Lantas Allah menyuruh Nabi Nuh dan pengikutnya membina sebuah kapal. Apabila kapal tersebut telah siap dibina, maka Allah menenggelamkan seluruh kaum Nuh melainkan orang yang beriman.
Allah Taala berkata:
Sehinggalah apabila datang hukum Kami (Allah) untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi. Lalu Kami berfirman kepada Nabi Nuh: ‘Bawalah ke dalam kapal tersebut dua pasang-pasangan jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah keluargamu melainkan orang yang telah ditetapkan hukuman siksa keatas mereka (disebabkan kekufuran mereka), juga bawalah orang yang beriman.’ Dan tidak ada orang yang beriman yang turut serta bersamanya (menjadi pengikutnya) melainkan hanya sedikit.
[Hud: 40]
Demikianlah balasan yang dikenakan kepada orang yang zalim, dan perjuangan pendakwah yang ikhlas.
 
Facebook
0 Blogger

0 komentar:

Posting Komentar

Jangan lupa berikan komentar ya gan..